Wednesday 6 March 2013

DIARI 1 BAHASA SLANGA



Penggunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan penggunaan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan ketinggian bahasa tersebut. Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan remaja dan pelajar sekolah akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian mereka. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kebimbangan pada tahap kritikal bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pakar bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kebanjiran komik berbahasa slanga di pasaran.

Komen:  Pada pendapat saya terdapat banyak kesan yang bakal timbul akibat daripada penggunaan bahasa slanga yang berleluasa dalam kalangan remaja pada hari ini khususnya masyarakat pada hari ini. Melalui kewujudan bahasa slanga ini maka terhasillah istilah-istilah yang baru yang muncul bagi memudahkan ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah bro (brother), cun (cantik), awek (buah hati) , kol (telefon) dan banyak lagi. Apabila bahasa slanga terlalu kerap digunakan dalam komunikasi seharian maka budaya ini akan terus kekal dalam diri masyarakat pada hari ini untuk terus menggunakan istilah-istilah ini jika tidak dibendung dari awal lagi. Jadi selamatkanlah bahasa kebangsaan kita dan martabatkan penggunaan bahasa Melayu baku agar generasi akan datang terus memonopoli bahasa Melayu dengan betul.

No comments:

Post a Comment