DIARI 24 ‘Siapa yang makan cili, dialah terasa pedas’
‘Siapa
yang makan cili, dia akan terasa pedasnya’, ungkapan yang kadangkala sangat
menyentuh hati apabila mendengarnya. Hal ini demikian kerana kita tidak dapat
lari dari kenyataan hidup yang penuh dengan pelbagai ragam manusia dan karenah.
Pernahkah anda mendengar ungkapan ini dicorong telinga anda? Adakah ungkapan
ini ditujukan kepada anda? Bagaimanakah pula perasaan anda apabila
mendengarnya? Adakah anda benar-benar memahami maksud yang ingin disampaikan?
Berdasarkan pengalaman saya perjalanan menyelusuri sketsa kehidupan duniawi,
ungkapan ini ditujukan kepada seseorang yang membawa maksud sesiapa yang
melakukan sesuatu perkara yang dimaksudkan, maka dia akan terasa kesannya. Saya
juga pernah mendapat sindiran sebegini yang ditujukan secara rawak, namun kita
akan terasa bahang ungkapan itu setelah memahami perkara yang ingin dilontarkan
oleh penuturnya.
Adakalanya, kita sering melihat
pelbagai ragam manusia yang menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, benci, dan
lain-lain perasaan. Kita akan melontarkan perasaan itu melalui kata-kata halus
iaitu, bahasa kiasan untuk menjaga kesopanan dalam masyarakat. Ungkapan ' Tua tak sedar
diri, rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, tapi masih macam orang muda' sering terkeluar
oleh diriku dan rakan-rakan apabila melihat orang yang sudah berumur namun
masih berperangai tidak sopan terutama di depan khalayak.
Sebenarnya, perkataan yang digunakan untuk mengata, mengejek, mengeji atau mencela seseorang ialah sindiran. Sindiran dilakukan tanpa berterus-terang. Bahasa sindiran mengandungi maksud yang ditujukan kepada seseorang namun tidak disebutkan secara tepat. Jenis bahasa ini hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara berterus terang. Sifat tidak suka berterus-terang menjadi amalan biasa dalam masyarakat orang Melayu kerana mereka berpegang kuat pada prinsip menjaga hati orang lain.
Oleh sebab itu, mereka menggunakan bahasa sindiran untuk menyatakan sesuatu yang terbuku di hati, atau melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu yang tidak menyenangkan. Perkara seperti ini dilakukan secara tidak berterus-terang dan penuh hormat. Dengan menggunakan susun kata yang teratur serta bahasa yang beragam, sindiran ini dapat memainkan peranannya yang tersendiri dalam menyedarkan orang yang disindir itu. Perkataan yang berlandaskan ragam sindiran lebih tajam dan lebih pedih kesannya, tetapi kadang-kadang, bahasa sindiran itu tidak pula memberikan apa-apa makna kepada orang yang disindir. Walau bagaimanapun, bahasa yang dikiaskan secara sindiran akan difahami juga oleh orang yang disindir.

No comments:
Post a Comment