Friday 15 March 2013



 DIARI 10 Susahnya ungkap perkataan tolong dan terima kasih
Saya sering kali bertemu dengan hamba Allah yang tidak pandai menggunakan perkataan “tolong” ketika ingin menyuruh orang lain membantunya. Mungkin mereka ini ego untuk ungkapkan perkataan “tolong” atau mungkin disebabkan mereka ini ada muslihat tidak baik, mana kita tahu akan kebenarannya. Lain orang lain pemikirannya. Betul atau tidak? Saya juga sering mendengar ayat perintah yang sering diucapkan oleh hamba Allah ini yang berbunyi “aku nak kau buat ini!”, walaupun ayat ini sekadar ingin meminta tolong tetapi ayat ini berbunyi agak keras atau kasar pada pendengaran. Selain itu, saya juga sering kali berjumpa dengan manusia yang tidak suka  mengucapkan “terima kasih” apabila dia dibantu oleh orang lain. Tiadakah rasa di dalam hati kecil mereka untuk ucapkan kalimah “terima kasih” atas pertolongan yang dihulurkan orang tersebut terhadap mereka? Atau mereka sememangnya dilahirkan bersifat atau berperangai yang tidak beradab dan bersopan?
                                           TOLONG!!!
                     
Pada pandangan saya, kita sebagai orang Islam yang kaya dengan nilai-nilai murni yang telah diterapkan oleh orang tua kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap berbudi bahasa dengan orang lain atau orang di sekeliling kita. Moga mereka rasa dihormati dan disayangi apabila kita berbuat demikian. Sikap berbudi bahasa seperti tidak lokek untuk mengucapkan perkataan “tolong” ketika hedak meminta tolong.  Kita perlulah bersikap lebih beradab agar diri kita lebih disenangi oleh orang lain. Selain itu, ucapan “terima kasih” juga perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita supaya orang lain akan berasa lebih dihargai ketika melakukan sesuatu untuk kita. Hal ini disebabkan kalimah kedua-dua perkataan tersebut amat bernilai kepada orang yang memberi khidmat kepada kita. Perkataan terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu walaupun insan yang berhati mulia itu sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa dari kita untuk membalas kebaikannya. Tetapi salah ke untuk kita bazirkan kalimah “terima kasih” kepada mereka? Kita inginkan orang memandang kita dengan mata hati bahawa kita ini manusia yang beradab!!!!

No comments:

Post a Comment