Monday 11 March 2013

Situasi 6 Panahan Facebook



Rakyat Malaysia pada zaman yang serba moden ini kian ketagih menggunakan laman sosial Facebook. Facebook telah banyak membawa keburukan yang amat ketara kepada golongan masyarakat pada hari ini contohnya masalah kelekaan, masalah penceraian, pergaduhan dan sebagainya. Para remaja khususnya amat kerap menggunakan laman sosial facebook ini untuk mencari kenalan, bersembang dengan kawan-kawan, bermain game dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan lalai dalam menelaah pelajaran sehingga masa untuk belajar dikorbankan semata-mata ingin ‘berdating’ dengan facebook. Keadaan ini akan menyebabkan prestasi pelajaran merosot dalam kalangan remaja khususnya bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan seperti SPM dan STPM.

Facebook sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri sama ada dari segi positif atau negatif. Kita yang perlu menilainya. Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat saya, diri kita sendiri perlulah sentiasa berwaspada ketika menggunakan laman sosial tersebut. Janganlah disebabkan berita-berita di Facebook tersebut yang hanya indah khabar dari rupa, hidup kita akan menjadi huru hara. Kita mestilah menggunakan laman sosial tersebut untuk tujuan kebaikan sahaja, contohnya, bagi mencari sahabat lama yang terpisah jauh, mendapatkan informasi yang penting dan yang paling penting sebagai wadah untuk menyampaikan dakwah agar perkongsian dakwah yang disampaikan dapat disampaikan kepada rakan-rakan di Facebook. Selain itu, kita juga perlulah mengawal waktu kita bermain Facebook tersebut sehingga lupa akan perkara-perkara wajib yang perlu kita laksanakan dahulu. Janganlah disebabkan Facebook kita menjadi lalai dalam mengerjakan ibadah, belajar dan sebagainya. Pesan saya sebagai perkongsian kita bersama, janganlah kita terlampau banyak meletakkan gambar-gambar di Facebook terutamanya gambar yang tidak menutup aurat. Elakkan berbuat demikian kerana dikhuatiri gambar kita kan menjadi santapan para manusia yang tidak ada maruah diri untuk menjatuhkan kita. Peliharalah maruah dan aurat kita khususnya para wanita di luar sana.

No comments:

Post a Comment