Thursday 7 March 2013

Diari 4: Bahasa SMS


Pada masa kini, penggunaan bahasa SMS begitu meluas dalam kalangan masyarakat Melayu kerana rata-rata penduduk di seluruh dunia menggunakan bahasa SMS dalam komunikasi mereka setiap hari setiap masa. Hampir kesemua golongan muda mahupun tua menggunakan gadget telefon mudah alih yang mengandungi pelbagai fungsi yang menarik dan canggih. Akan tetapi dalam penggunaan telefon mudah alih ini selain membuat panggilan dan menerima panggilan, ia juga dapat menulis mesej atau pesanan dan menerima pesanan. Apa yang lebih diutamakan dan difokuskan pada ruangan diari saya pada kali ini ialah sindrom bahasa SMS dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini disebabkan mereka menggunakan bahasa yang pelbagai yang bukan bahasa Melayu standard dalam komunikasi harian mereka bersama kawan-kawan, keluarga, pasangan dan sebagainya. Terdapat beberapa contoh bahasa SMS antaranya ialah:

Berlari-lari= brlri2
Berjalan-jalan= brjln2
Beramai-ramai=brmai2
Makan=mkn
Kereta=keta
Dalam=dlm

Pada pendapat saya, sebagai penutur bahasa Melayu di Malaysia ini, kita tidak digalakkan menggunakan bahasa SMS kita kerana ia akan menghilangkan jati diri Negara bangsa kita dan lama kelamaan ia boleh merosakkan bahasa ibunda kita sendiri tanpa kita sedari. Jadi, marilah kita sama-sama membawa perubahan ke arah yang lebih baik. Marilah kita sama-sama menggunakan ejaan yang betul ketika menggunakan SMS. Tetapi saya juga kadang-kadang begitu alpa menggunakan bahasa SMS dan saya yakin kita dapat mengubahnya dengan perlahan-lahan. Saya juga pasti aka nada penyelesaian kreatif dalam penciptaan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk digunakan dalam SMS.


No comments:

Post a Comment