Thursday 7 March 2013

diari 2 Kartun Islamiah




Lukisan gambar kartun di atas menunjukkan penerapan nilai-nilai murni kepada generasi muda pada hari ini. Kebiasaannya mereka lebih berminat untuk melihat gambar-gambar seperti ini berbanding membaca bahan yang agak membosankan minat mereka. Dalam situasi gambar di atas didapati terdapat banyak penggunaan bahasa pasar dalam perbualan. Contohnya perkataan “camtu”, “tau”, “kat” yang dikenali sebagai bahasa pasar yang begitu sinonim digunakan golongan belia pada masa ini.

Para remaja pada masa kini perlulah didedahkan dengan bahan seperti ini agar ilmu mengenai perkara yang halal dan haram dapat diperbetulkan dengan baik. Akan tetapi, amalan penggunaan bahasa dalam perbualan dalam gambar kartun tersebut perlu dititikberatkan. Para remaja perlu didedahkan agar banyak menggunakan bahasa baku dalam perbualan harian atau dalam menulis apa-apa bahan teks yang berunsurkan nasihat atau sebaliknya. Wahai remaja sekalian di luar sana marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa Melayu jati kita agar tidak luntur dek zaman. Elakkan menggunakan ejaan bahasa pasar.



No comments:

Post a Comment