Wednesday 13 March 2013


Diari 8 iklan bas
Saya ingin memaparkan kesalahan penggunaan bahasa pada iklan bas ini. Penggunaan perkataan “kelik” dan juga “try” dan juga “free”. Kelik merupakan dialek Kelantan yang bermaksud balik manakala perkataan try pula membawa maksud cuba dan juga free membawa maksud percuma. Penggunaan dialek dalam iklan seperti ini pada pendapat saya agak tidak sesuai walaupun perkhidmatan bas ini disediakan khas untuk anak-anak Kelantan tetapi penggunaan bahasa perlu diutamakan. Di samping itu, percampuran antara penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu adalah tidak digalakkan. Percampuran bahasa ini dipanggil bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada bahasa kebangsaan kita. Kita seharusnya memartabatkan bahasa Melayu kita dengan sebaiknya dan elakkanlah dari menggunakan perkataan-perkataan seperti di atas.

No comments:

Post a Comment