DIARI 16 BAHASA
TERBALIK
Bahasa terbalik. Apa itu bahasa terbalik? Setiap
percakapan yang diujar oleh masyarakat mempunyai ragam bahasa yang tersendiri.
Bahasa terbalik merupakan bahasa yang menggunakan perkataan berakas atau
terbalik daripada maksud yang hendak disampaikan. Walau bagaimanapun, orang
memahami maksud yang ingin disampaikan olehnya. Mengimbau kembali zaman kecil
dahulu yang penuh dengan keindahan suka dan duka, kami dibesarkan empat beradik
dan mempunyai umur yang agak sebaya menyebabkan ibu sukar untuk mengawasi kami
ketika bermain. Pada ketika itu, anak jiran kami juga mempunyai umur yang sama
denganku.
Kami selalu bermain basikal, bola, sehinggalah
main masak- masak di atas pokok yang rendang di depan rumahku. Ibu selalu
melarang kami bermain masak- masak di atas pokok kerana takut kami akan
terjatuh. Pada suatu ketika sedang bermain adikku yang paling bongsu terjatuh
dari pokok dan terus menangis. Ibu terus memarahi kami, “Kenapa nangis pergilah main lagi, pergi!,”. Selain itu, sewaktu kecil aku selalu pulang ke
rumah pada waktu yang hampir senja kerana suka mengayuh basikal mengelilingi
kampung, ibuku yang mahu mengajarku sengaja mengunci pintu supaya aku
tidak dapat masuk ke dalam rumah. Apabila aku merayu- rayu untuk masuk ke dalam
rumah lalu dia berkata, “Pergilah kayuh basikal tu,tak payah balik rumah,”. Dengan telatah aku bersama adik- adik yang agak
nakal, aku bangga dengan ibuku yang sentiasa sabar melayani kerenah anak-
anaknya.Terima kasih, ibuku.
Pendapat: Bahasa terbalik ialah bahasa yang berlawanan daripada perkara yang
ingin disampaikan oleh seseorang. Melalui situasi di atas, dialog“Kenapa nangis pergilah main lagi, pergi!,” membawa maksud ibu melarang anaknya supaya
jangan memanjat dan bermain di atas pokok. Pergilah kayuh basikal tu,tak payah balik
rumah,”pula, membawa
makna ibu menyuruh anaknya jangan pulang lewat ketika pergi bermain bersama
kawan. Secara ringkas, bahasa terbalik digunakan masyarakat untuk menasihati
atau melarang supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment