Thursday 7 March 2013

Diari 5: Bahasa Rojak 'SORY'


                   

Penggunaan perkataan ‘sory’, ‘thanks’ dan sebagainya begitu ketara dan aktif dalam pertuturan masyarakat Melayu pada hari ini yang gemar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rojak.

Sebagai penutur jati bahasa Melayu, kita mestilah menghargai bahasa Melayu. Walaupun dengan hanya perkataan ‘sory’ sahaja ia boleh dianggap sebagai satu perkataan yang biasa digunakan namun kita mestilah sentiasa peka dan bersikap sensitif terhadap penggunaan bahasa rojak. Generasi muda pada hari ini akan mudah terikut-ikut dan akhirnya menyebabkan mereka lupa akan bahasa ibunda mereka sendiri. Ayuh kawan-kawan semua! Marilah kita bersama-sama bertanggungjawab dalam mengekalkan bahasa Melayu agar tidak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain.
                

No comments:

Post a Comment