DIARI 19 BAHASA MERAJUK
Bahasa
merajuk sering diujarkan oleh orang yang kecewa dan berkecil hati dengan kita.
Perkara ini disebabkan situasi tertentu yang menyinggungnya perasaannya.
Bahasa merajuk dapat difahami dengan tingkah laku dan bahasa yang barbaur
kecewa daripada seseorang itu.
Situasi
ini juga sering didengari dan berlaku dalam kehidupan saya sebagai manusia
biasa. Hal ini demikian kerana kadangkala kita tidak dapat memuaskan hati semua
orang.
Contoh
bahasa merajuk:
Situasi 1
A:Pergi makan tak ajak aku sekali.
B: Aku tak ingatlah, maafkan aku.
A: Em, tak apa.Aku kan bukan kawan baik kau.
Situasi 2
A: Majlis tu, ramai orang dijemput, tapi kita
dia tak jemput pun.
B:Siapalah kita dia nak jemput. Dia jemput orang
berpangkat saja.
Ulasan:
Bahasa
merajuk sering terdapat dalam kehidupan yang kita yang kadangkala tanpa kita
sedar, kita mengujarkan bahasa tersebut bersama nada yang agak kecewa. Oleh
itu, kita harus saling bertolak ansur dan sentiasa menjaga perasaan orang agar
hubungan sillaturrahim sentiasa terjaga.
No comments:
Post a Comment